Wednesday, April 28, 2010

exam: cuti: konvokesyen

assalamualaikum...


hanya hiasan semata-mata

kira lama dh aku tak update blog ni. first, nak crite sal exam. hari jumaat ni aku exam thermodynamics. rasa semangat giler nak jawab exam walaupun aku tak study. tak tau kenapa aku suka ngan subjek ni. maybe aku suka ngan lecturer aku.hehe. sumpah! dia pandai sangat mengajar. mula2 aku takut sangat nak ambik paper ni sebab aku dengar cite orang ramai orang failed paper ni. tp lepas tgk cara lecturer aku ni ajar, memang terus masuk lam otak aku nih*tak semua aku faham, tp atleast aku ada faham sikit-sikit. yang ni aku tipu sikit-sikit je*hehe. pastu last paper aku hari selasa minggu depan.yea! pastu merdeka! :)


nama gf mr. bean sama ngan nama aku! emma..haha

time cuti ni pulak aku banyak menghabiskan masa kat sini je. flight aku balik MIRI 31 May. so maksudnya aku stay kat sini 3 minggu before aku balik tanah tumpah darahku :) dalam amasa 3 minggu ni banyak tempat aku nak pergi.

---> 1) aku nak jumpa bf aku dekat LCCT 23 may ni..almaklum lah. rindu tahap Gunung Kinabalu. die join MASUM wakil UNIMAS untuk lawn ball. aktif gak die ni. aku plak? aktif kat katil je. renang kuak lentang, renang berirama, semua jenis renang aku tau!haha

---> 2) aku nak shopping baju raya dekat jalan TAR. rasa xsabar je nak menghaniskan duit ayah aku. haha. mak aku pulak siap pesan beli langsir kalau aku g NILAI. mak, anakmu ini belum ada transport nak jalan2 kat tanah malaya ni. lesen pun masih ade P.hehe

---> 3) aku nak stay rumah kawan abang aku.ep ep, perempuan ok? bukan lelaki. dia sendiri offer kat abang aku, kalo aku boring duduk la rumah die. aku plak dengan muka tak tau malu, ikut je! haha

---> 4) aku nak melawat family angkat aku kat Seremban. lama gile aku dah tak g seremban. sorry la mak, anakmu ni kalo time cuti je balik sarawak. tak sempat nak singgah rumah mak dulu.hehe.kak ngah aku ni pulak dah ada baby girl. tak sabar nak tengok baby kak ngah!

cute kan budak ni!


30 may ni pulak, abang aku graduate! alhamdulillah, abang aku cucu first lam family besar aku yang berjaya mendapat segulung diploma. fyi, abang aku sekarang nih tengah sambung ambik degree pulak. syukur, semangat belajar die xpernah padam walaupun banyak dugaan yang die terima sepanjang dia kat menara gading. jatuh bangun semua die redah. aku tabik gile ngan die!
adik aku pulak, 29 may datang sini. sanggup berhabis RM600 semata-mata nak datang sini. lagipun ayah aku support setengah dari harga tiket tu. takpe la. biarlah adik aku sorang ni enjoy puas-puas dulu before die sambung study ambik degree awal bulan july ni, insyaAllah.


love,
emma

Labels:

Friday, April 23, 2010

bengang!

aku bengang!



sekadar hiasan semata-mata


aku ngan housemate aku dh 2 tahun bersabar. sabar sebab baju basah kena hujan

buatan manusia! petang tadi, sekali lagi aku terkena. baju aku elok-elok dah kering, tetiba tengok

basah balik sebab orang kat atas jemur baju basah yang tak bilas! fyi, aku duduk arked*rumah

yang bertingkat-tingkat* aku duduk tingkat 2. so, orang yang selalu buat dajal kat baju aku tu

budak-budak yang tinggal kat tingkat 3. nak cakap bodoh, tp berjaya gak masuk u!dah tu bajet

pandai sangat la. aku benci sangat2 kat spesis camni. bodoh, pastu bebal!


sorry,

petang ni aku emo sikit :(

bye

Labels:

Friday, April 16, 2010

Camping kat Kuala Penyu, Sabah

hello guys!

aku nak share pics2 time aku kat matriks dulu..

time ni semua budak sains fizik wajib g camping

memandangkan aku budak sains fizik, so aku tak terkecuali

seronok? ye! sangat seronok, ktrg tido kat tepi pantai, dalam khemah,

malam hujan lebat, khemah basah..huhu

tapi semua tu pengalaman yang susah nak carik

pics kat bawah ni time ktrg jungle trekking

penat giler!

aku ngn kawan aku terpaksa buat aksi2 gediks


sangat KOTOR!


ingat ni main make up- make up ke?


lagi..


dan lagi!


kalau nak suruh aku make up bole je.text me ok?


kami gembira!


aku sangat rajin menge-post pics sekarang ni

exam start next week

study baru je skit!huhu

k, bye

Labels:

Thursday, April 15, 2010

LMC's memories

bagi aku, kat Labuan ni tempat paling best!

boleh jumpa lelaki yang hot-hot dan girl yang gojes-gojes

betul, aku tak tipu! ;)

gambar-gambar kat bawah ni gambar budak2 exschoolmate aku

mendaki bukit kat blakang blok perempuan

kalau korang nak tau, kalo kat atas bukit ni boleh nampak seluruh Labuan

Labuan ni kecik je



menikmati kelazatan pau*pau paling femes di Labuan*



ini dia kawan-kawan yang sangat saya sayang



model tuala



juju, maaf di atas segala kekurangan gambar ini. saya tidak bermaksud untuk mensabotaj juju, tetapi camera tetiba buat hal ;)



bakal menggantikan The Rock!



mak ngan anak



jihan, farid, runnie, jen



mmm..rasanya sapa paling menonjol..*tidak ada unsur-unsur lucah di sini*


awak, awak, awak,

kita kawan sampai mati k!

janji ;)


Labels:

WEIRD: case 1

aku ade baca satu blog ni..die post gambar2 plat kereta..kalo sape2 tgh tension tu rasanye gambar2 ni bole hilangkan skit tension korang ;)


plat kereta Datuk K




plat kereta paling sakit




plat kereta paling *tut*




plat kereta paling kotor




plat kereta paling lucah



ada duit semua boleh buat..

tapi nanti kalau aku dah ada kereta..

aku xnak beli plat cmni..

yang biasa2 sudah ;)

kau pulak mcmna?

CINTA: maaf


terlalu senang mengungkapkan kata-kata maaf
terlalu senang...
kenapa kau buat aku begini,
sakit, hati ini sakit,
sakit untuk disakiti lagi..

butakah aku?
buta untuk menilai dirimu,
ya, aku buta,
kerana cinta yang telah kau berikan.

takutkah aku?
takut untuk menghadapi keadaan yang sebenar,
ya, aku takut,
takut untuk melalui hidup tanpamu.

Penciptaku,
berikanlah hambaMU ini kekuatan,
kekuatan untuk menempuh segala dugaan yang Engkau berikan,
jangan biarkan aku lalai dan alpa dengan permainan lelaki,
Penciptaku,
berikanlah hambaMU ini ketabahan,
ketabahan untuk menempuh segala kenyataan yang pahit untukku,
jangan biarkan aku tunduk dengan sandiwara lelaki,
aku tahu aku selemah-lemah wanita.

Labels:

Friday, April 2, 2010

Sesungguhnya kami datang dariMu dan kepadaMu jua kami akan kembali


May Allah grant my dear grandfather the highest of Paradise, under His absolute bliss, in close company of the Beloved Messenger of Allah (peace & blessings be upon him & his folk).

May Allah grant me and my family patience, strength, and steadfastness in these trying times, and the coolness of absolute certitude and the contentment of accepting Allah’s Decree.



my late grandfather

I LOVE U