Saturday, May 1, 2010

lupa daratan!

hello semua!

kali ni aku nak tulis pasal manusia mudah lupa.ya! manusia mudah lupa.lupa akan asal usul sendiri. lepas aku keluar dari sekolah menengah, aku ditawarkan masuk matriks. Kolej Matrikulasi Labuan. aku jumpa ramai spesis manusia. dan time ni la aku belajar cara mengenali kehidupan manusia yang berlainan dengan kehidupan aku.

aku tau la aku kecik, tapi janganlah fikir kau tu hebat sangat!
aku masuk universiti awal setahun daripada kawan-kawan aku yang menyambung pelajaran tingkatan enam sebab program kat matriks setahun je. tapi bila je diorang kena tawarkan masuk universiti*kunun-kununnya cas pandai sangat la tu sebab dapat masuk universiti yang famous, tapi sebenarnya kos lelong* sorry to say la.aku memang sakit hati kat orang camni.haha

pastu nak dipendekkan cerita, datang je kat tanah malaya ni, dah naik minyak la. maksudnya dah lupa daratan. belagak nak mampus! hello! awak tu masih xsedar ke? kadang-kadang aku tergelak sendiri kalau ingat balik hal tu.erm, tak baik perangai camtu. aku bukan nak kata aku ni malaikat, tapi aku masih boleh fikir yang mana betul, yang mana salah.

ramai dah aku jumpa orang yang mudah lupa diri. dulu time susah, cari aku.tapi sekarang ni, time senang lupa pulak kat kawan die seorang nih. bukan aku nak mengungkit, tapi entahlah. sampai mak aku sendiri tegur kenapa tak dengar cerita sal budak nih lagi. pastu aku balas la. takpe la mak. sekarang ni hidup dia dah senang. ramai kawan lain bole tolong dia. biarlah nak buat ape pun.

ya, aku bukan nabi. aku bukan malaikat. kadang-kadang aku rasa nak balas balik apa yang diorang buat kat aku. tapi entah la. mereka tetap kawan aku. biarlah diorang nak buat apa. yang penting diorang tak kacau hidup aku.haha

satu je nasihat aku untuk manusia yang spesis macam ni,

jangan fikir kau dah masuk uni, dah ambik degree, kau dah hebat dari orang lain!
ilmu Allah S.W.T luas
jangan mudah lupa asal usul kau!

love,
emma

Labels:

1 Comments:

Blogger .:: dieylah :: said...

benaya ma..kmk setuju..hihi...byk da juak org lupak daratan nektok..:D

May 24, 2010 at 4:44 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home