Saturday, May 1, 2010

lupa daratan!

hello semua!

kali ni aku nak tulis pasal manusia mudah lupa.ya! manusia mudah lupa.lupa akan asal usul sendiri. lepas aku keluar dari sekolah menengah, aku ditawarkan masuk matriks. Kolej Matrikulasi Labuan. aku jumpa ramai spesis manusia. dan time ni la aku belajar cara mengenali kehidupan manusia yang berlainan dengan kehidupan aku.

aku tau la aku kecik, tapi janganlah fikir kau tu hebat sangat!
aku masuk universiti awal setahun daripada kawan-kawan aku yang menyambung pelajaran tingkatan enam sebab program kat matriks setahun je. tapi bila je diorang kena tawarkan masuk universiti*kunun-kununnya cas pandai sangat la tu sebab dapat masuk universiti yang famous, tapi sebenarnya kos lelong* sorry to say la.aku memang sakit hati kat orang camni.haha

pastu nak dipendekkan cerita, datang je kat tanah malaya ni, dah naik minyak la. maksudnya dah lupa daratan. belagak nak mampus! hello! awak tu masih xsedar ke? kadang-kadang aku tergelak sendiri kalau ingat balik hal tu.erm, tak baik perangai camtu. aku bukan nak kata aku ni malaikat, tapi aku masih boleh fikir yang mana betul, yang mana salah.

ramai dah aku jumpa orang yang mudah lupa diri. dulu time susah, cari aku.tapi sekarang ni, time senang lupa pulak kat kawan die seorang nih. bukan aku nak mengungkit, tapi entahlah. sampai mak aku sendiri tegur kenapa tak dengar cerita sal budak nih lagi. pastu aku balas la. takpe la mak. sekarang ni hidup dia dah senang. ramai kawan lain bole tolong dia. biarlah nak buat ape pun.

ya, aku bukan nabi. aku bukan malaikat. kadang-kadang aku rasa nak balas balik apa yang diorang buat kat aku. tapi entah la. mereka tetap kawan aku. biarlah diorang nak buat apa. yang penting diorang tak kacau hidup aku.haha

satu je nasihat aku untuk manusia yang spesis macam ni,

jangan fikir kau dah masuk uni, dah ambik degree, kau dah hebat dari orang lain!
ilmu Allah S.W.T luas
jangan mudah lupa asal usul kau!

love,
emma

Labels:

pasar malam: ROS

bonjour!

ni la suasana pasar malam kat tempat aku

kali ni aku nak share ngan korang semua rutin aku tiap kali menjelang hujung minggu. tiap hari sabtu, aku ngn geng2 keras aku pergi menyerang pasar malam Tanjung Malim. serang makanan ok.hehe. dan tiap kali aku pergi, wajib beli Nasi Lemak Kukus ngan satay. aku nih memang peminat setia nasi lemak kukus. tapi kat mak cik sorang ni je la. memang sedap. rasanya takde sape yang bole lawan.ada umph!haha. cakap je nasik lemak kukus Tanjung Malim, semua orang kenal. tak kira, melayu, cina, india semua bantai makan. nanti kalo korang ada pergi Tanjung Malim, aku sudi blanje ktrg makan nasik lemak ni.

kereta banyak sangat sampai jalan pun sesak. Tanjung Malim ni kecik jer

tadi aku ingat tak ramai orang kat pasar malam. sampai aku kat pekan, mak oi! ramainya orang! nak jalan pun susah. dah la baru lepas hujan. tapi yang ramainya family-family ngan budak sekolah. budak UPSI aku tengok sikit je sebab ramai dah habis exam. aku? next week ada satu paper g! uwaaa. aku tak puas hati sikit la. dulu time aku masih tahun1 tahun 2, aku tengok senior2 ramai yang habis paper awal. tapi sekarang ni, aku dah jadi senior, aku pulak last habis paper. memang tak adil la!

name tag time aku ROS nanti. call me Cikgu Farneezah ok?

ROS? mesti korang tak tau ape tu ROS. bukan bungan ros ok? ROS ni singkatan untuk Rancangan Orientasi Sekolah. kalau budak-budak yang ambil kos pendidikan atau budak-budak maktab confirm tau ape tu ros.hehe. cuti sem kali ni aku terpaksa buat ros 2minggu dari 21 june sampai 2 july. aku buat kat SMK Bekenu. dekat je dari rumah aku. hehe. rasa xsabar pulak nak buat ros. fyi, time ros ni, aku xpergi mengajar budak-budak. just observe cara cikgu lain mengajar. pastu buat report. tapi time taklimat haritu, lecturer aku cakap kena mintak kat cikgu yang jaga kite bagi kebenaran ajar satu masa. tu la yang buat aku berdebar-debar. sebelum ni xpernah mengajar kat sekolah. tapi aku akan buat yang terbaik! hehe

love,
emma

Wednesday, April 28, 2010

exam: cuti: konvokesyen

assalamualaikum...


hanya hiasan semata-mata

kira lama dh aku tak update blog ni. first, nak crite sal exam. hari jumaat ni aku exam thermodynamics. rasa semangat giler nak jawab exam walaupun aku tak study. tak tau kenapa aku suka ngan subjek ni. maybe aku suka ngan lecturer aku.hehe. sumpah! dia pandai sangat mengajar. mula2 aku takut sangat nak ambik paper ni sebab aku dengar cite orang ramai orang failed paper ni. tp lepas tgk cara lecturer aku ni ajar, memang terus masuk lam otak aku nih*tak semua aku faham, tp atleast aku ada faham sikit-sikit. yang ni aku tipu sikit-sikit je*hehe. pastu last paper aku hari selasa minggu depan.yea! pastu merdeka! :)


nama gf mr. bean sama ngan nama aku! emma..haha

time cuti ni pulak aku banyak menghabiskan masa kat sini je. flight aku balik MIRI 31 May. so maksudnya aku stay kat sini 3 minggu before aku balik tanah tumpah darahku :) dalam amasa 3 minggu ni banyak tempat aku nak pergi.

---> 1) aku nak jumpa bf aku dekat LCCT 23 may ni..almaklum lah. rindu tahap Gunung Kinabalu. die join MASUM wakil UNIMAS untuk lawn ball. aktif gak die ni. aku plak? aktif kat katil je. renang kuak lentang, renang berirama, semua jenis renang aku tau!haha

---> 2) aku nak shopping baju raya dekat jalan TAR. rasa xsabar je nak menghaniskan duit ayah aku. haha. mak aku pulak siap pesan beli langsir kalau aku g NILAI. mak, anakmu ini belum ada transport nak jalan2 kat tanah malaya ni. lesen pun masih ade P.hehe

---> 3) aku nak stay rumah kawan abang aku.ep ep, perempuan ok? bukan lelaki. dia sendiri offer kat abang aku, kalo aku boring duduk la rumah die. aku plak dengan muka tak tau malu, ikut je! haha

---> 4) aku nak melawat family angkat aku kat Seremban. lama gile aku dah tak g seremban. sorry la mak, anakmu ni kalo time cuti je balik sarawak. tak sempat nak singgah rumah mak dulu.hehe.kak ngah aku ni pulak dah ada baby girl. tak sabar nak tengok baby kak ngah!

cute kan budak ni!


30 may ni pulak, abang aku graduate! alhamdulillah, abang aku cucu first lam family besar aku yang berjaya mendapat segulung diploma. fyi, abang aku sekarang nih tengah sambung ambik degree pulak. syukur, semangat belajar die xpernah padam walaupun banyak dugaan yang die terima sepanjang dia kat menara gading. jatuh bangun semua die redah. aku tabik gile ngan die!
adik aku pulak, 29 may datang sini. sanggup berhabis RM600 semata-mata nak datang sini. lagipun ayah aku support setengah dari harga tiket tu. takpe la. biarlah adik aku sorang ni enjoy puas-puas dulu before die sambung study ambik degree awal bulan july ni, insyaAllah.


love,
emma

Labels:

Friday, April 23, 2010

bengang!

aku bengang!



sekadar hiasan semata-mata


aku ngan housemate aku dh 2 tahun bersabar. sabar sebab baju basah kena hujan

buatan manusia! petang tadi, sekali lagi aku terkena. baju aku elok-elok dah kering, tetiba tengok

basah balik sebab orang kat atas jemur baju basah yang tak bilas! fyi, aku duduk arked*rumah

yang bertingkat-tingkat* aku duduk tingkat 2. so, orang yang selalu buat dajal kat baju aku tu

budak-budak yang tinggal kat tingkat 3. nak cakap bodoh, tp berjaya gak masuk u!dah tu bajet

pandai sangat la. aku benci sangat2 kat spesis camni. bodoh, pastu bebal!


sorry,

petang ni aku emo sikit :(

bye

Labels:

Friday, April 16, 2010

Camping kat Kuala Penyu, Sabah

hello guys!

aku nak share pics2 time aku kat matriks dulu..

time ni semua budak sains fizik wajib g camping

memandangkan aku budak sains fizik, so aku tak terkecuali

seronok? ye! sangat seronok, ktrg tido kat tepi pantai, dalam khemah,

malam hujan lebat, khemah basah..huhu

tapi semua tu pengalaman yang susah nak carik

pics kat bawah ni time ktrg jungle trekking

penat giler!

aku ngn kawan aku terpaksa buat aksi2 gediks


sangat KOTOR!


ingat ni main make up- make up ke?


lagi..


dan lagi!


kalau nak suruh aku make up bole je.text me ok?


kami gembira!


aku sangat rajin menge-post pics sekarang ni

exam start next week

study baru je skit!huhu

k, bye

Labels:

Thursday, April 15, 2010

LMC's memories

bagi aku, kat Labuan ni tempat paling best!

boleh jumpa lelaki yang hot-hot dan girl yang gojes-gojes

betul, aku tak tipu! ;)

gambar-gambar kat bawah ni gambar budak2 exschoolmate aku

mendaki bukit kat blakang blok perempuan

kalau korang nak tau, kalo kat atas bukit ni boleh nampak seluruh Labuan

Labuan ni kecik je



menikmati kelazatan pau*pau paling femes di Labuan*



ini dia kawan-kawan yang sangat saya sayang



model tuala



juju, maaf di atas segala kekurangan gambar ini. saya tidak bermaksud untuk mensabotaj juju, tetapi camera tetiba buat hal ;)



bakal menggantikan The Rock!



mak ngan anak



jihan, farid, runnie, jen



mmm..rasanya sapa paling menonjol..*tidak ada unsur-unsur lucah di sini*


awak, awak, awak,

kita kawan sampai mati k!

janji ;)


Labels:

WEIRD: case 1

aku ade baca satu blog ni..die post gambar2 plat kereta..kalo sape2 tgh tension tu rasanye gambar2 ni bole hilangkan skit tension korang ;)


plat kereta Datuk K




plat kereta paling sakit




plat kereta paling *tut*




plat kereta paling kotor




plat kereta paling lucah



ada duit semua boleh buat..

tapi nanti kalau aku dah ada kereta..

aku xnak beli plat cmni..

yang biasa2 sudah ;)

kau pulak mcmna?